Monday 26 May 2014

HIKMAH

28/11/2013


Hanya Allah yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat disebalik ujiannya,,,,tersimpan seribu hikmah yang kita sebagai hamba yang lemah tidak mampu terfikir di jangkauan akal fikiran yang terhad,,,,hanya dia yang mengetahui,,,,dia tidak akan menguji hambanya memelibi kemampuan,,,,
    Hari ini aku dapat berita dari suamiku,menyatakan tiba -tiba isterinya selaku maduku,,,,mengalami tumpah darah yang teruk berlaku tiba-tiba,,,aku pun hairan,kenapa boleh jadi macam ni,hanya allah yang lebih mengetahui segala-galanya,,,,jika perbuatan itu perbuatan syaitan,hanya engkau yang dapat membalasnya,,,nauzubillah,,,,,
     Atas nasihat suamiku aku sms dia bertanya khabar keadaan dia,,,Alhamdulillah,,,,dia jawab sms aku dengan kata2 dan ucapan yang mengembirakan hatiku,,,,alhamdulillah,,,,menitis air mata,,,walaupun ringkas tapi cukup menandakan hatinya sudah sedikit lembut tidak lagi keras dan tajam seperti sebelum ini,,,aku harap berkat doa dan kesabaranku dia dapat menerima aku sebagai madunya dan berbaik semula seperti dulu,,,

TEMPOH BERTENANG

21/112013


Sisa-sisa kesedihan semalam masih berbaki,,,,tapi aku cuba sedaya upaya untuk hapuskan perasaan itu,insyaallah sedikit masa lagi akan pulih sepenuhnya,,,,yassin peneman jiwa ku yang lara,,,Alhamdulillah.
     Pukul 8am sampai office aku rasa jiwa aku masih bercelaru,sebelum jiwaku parah dan perasaan ku terbuai,aku ambil keputusan keluar dari office,kebetulan ada kenderaan yang perlu di perbaharui cukai jalan,jadi aku ambik kesempatan ini untuk buat tugasan luar kerana aku tahu urusan jpj sekarang bukan sekejap kerana jpj dlm proses pembaikan system,,,,hampir pukul 3pm baru selesai,,,,,masuk office sekejap,tengok apa yg perlu,dan aku keluar lagi selesaikan beberapa tugasan luar,,,,sebenarnya sengaja aku nak habiskan masa,,,,kerana bila tiba je di office kepala ku berdenyut sakit macam nak pecah,,,,tapi bila keluar relax pulak..,,,
         ketenangan aku tidak ada lagi di pejabat,dulu itu lah satu satunya tempat yang boleh bawa ketenangan,,,,kerana suami aku akan meluangkan masa bersama aku,dan waktu kerja 8jam tu lah kebanyakan ruang dan peluang aku dengan suamiku,,,,aku sebenarnya umpama isteri office hour,,,lepas tu jangan harap lagi lah peluang untuk aku,,,
      tapi sekarang,,,,,,,,,,,,entah lah,setengah jam pun tak de lagi untuk aku,,,,,cuma beberapa minit je jenguk,,,,,,,entah lah,,,,begini akhirnya nasib aku,,,,entah lah,,,,tak tahu nak cakap apa,,,,,,aku rasa kalau orang lain dah lama cabut,,,,,tapi aku pegang satu je,,,,biarlah status isteri yang aku pegang ini di bawa sampi mati,,,,jika jodoh aku tak panjang pun biarlah hanya kematian yang memisahkan aku,,,,biarlah aku mati dalam status sebagai seorang isteri,,,,,,,,.isteri dia,,,,,dunia dan akhirat,,,,

Friday 23 May 2014

KALAH SEBELUM BERJUANG

20/11/2013


Ya allah aku tidak tahu nak gambarkan  macam mane perasaanku sekarang,,,,sedih pilu,kecewa semua bercantum menjadi satu,,,,Allah masih ingin menguji aku,,,,mahu melihat tahap kemampuan kesabaran dan kekuatan jiwa ku,aku hanya mampu merancang dan berusaha setakat terdaya dan termampu tapi allah jua yg menentukan,,,,
      Sepatutnya aku kena buat iui pada pukul 3pm tapi bila call Dr katanya tak dapat buat pukul 3pm kena buat pukul 6pm sb dia masih dekat hospital Ampang Puteri,,,,,ALLAH,,,,aku dah agak dah,,,usahaku kali ini akan gagal lagi buat kesekian kalinya,,,,bagi tahu suami perubahan masa doktor,,,,seperti yg di jangkakan,aku dah tahu jawapan dia,,,,peluang aku untuk gagal semakin hampir,,,pukul 5pm suami dtg jumpa aku dengan muka tention,macam- macam masalh di bawa skali,,,,aku dah agak mood dia dah lari,,,kalau macam ni mcm mane benda tu nak beroperasi,,,,jawabnya gagal lah usahaku kali ini,,,,,belum berjuang aku telah tersungkur,,,,hanya air mata jadi temanku,sampi ke malam aku menangis,menangisi takdir yang allah berikan padaku,,,knapa susah sangat allah nak berikan rezeki yang satu ini pada ku,,,,aku istifar memohon ampun darinya,,,,mungkin allah nak menguji aku@allah nak membalas biar aku rasa di atas dosa dosa ku yang lepas,,,,,sesungguhnya dia masih ingin melihat aku menangis,merayu bersujud dengan penuh keinsafan,,,,jika bukan ujian begini aku mungkin masih alpha dengan kehidupan dunia,,,,mungkin aku tidak seperti sekarang,,,al quran jadi teman aku setiap hari,tahjud,hajat dan taubat menjadi temanku di tengah malam sunyi,,,dalam kesibukan dhuha menemaniku,,,sebelum ini,,,aku tidak kenal erti semua ini,aku sedaya upaya berusaha mendekatkan diri darinya,,,,Ya allah jika ini bahagian yang engkau berikan buatku,,,,aku terima,,,tetapi berilah aku kekuatan  untuk menghadapinya dengan tabah...

PERJALANAN SETERUSNYA

18/11/2013


Hari ke12 period,jumpa dr Marsita lagi untuk ke sekian kalinya,,,,,pukul 10am datang klinik untuk ambik no giliran,,,,kebisaannya doktor akan sampai waktu petang,,,,bila Dr sampai mereka akan call baru datang klinik,,,,tunggu punya tunggu pukul 3pm dpt call menyatakan Dr sampi pukul 10pm,Dr ada emergency operation,,,,,
       Tepat pukul 10pm aku sampi klinik tpi Dr belum sampai lagi,sabar menunggu akhirnya hampir pukul 12am baru Dr sampai,,,,aku org pertama dapat jumpa Dr,check up hari ini untuk melihat keadaan telur sesuai atau tidak untuk buat iui,,,,tvs dari bawah,,,,telur sebelah kiri 20mm dan kanan 14mm tak cukup besar,dr bagi injection hcg untuk pecahkan telur,dalam masa 36 jam mesti buat iui,,,Dr suruh datang balik untuk but iui pada 20hb jam 3pm,Dr bekalkan supliment sivatry himalaya untuk tebalkan dinding rahim,duphston untuk kuatkan rahim,kos keseluruhan rm420.
      Ya Allah ya tuhanku,,,,permudahkanlah urusanku,semoga iui ku berjaya...

Thursday 22 May 2014

KESIAN

15/11/2013

Kadang2 aku kesian melihat keadaan dia...nampak sangat keadaan tertekan ,sakit jiwa....hari ni terima sms darinya,dah lama tak dapat sms mcm ni...''suruh suami saya call saya'' aikkk,,,,dia tak dapat cari suami dia,..dia cari aku pulak..suami dia tak de pun dengan aku...yg dengan aku tadi suami aku..he,he,,,suami dia juga,sebenarnya suami dia&aku tak de pun dengan aku....aku tengah ada urusan di luar ,aku balas sms dia..bagi tau situasi aku..dia tak percaya..ok lah tak percaya tak pe,,,,ada aku kesah..selepas itu satu pun sms dia aku tak balas..org macam ni kalau di layan lagi panjang cerita,tak habis lagi sakit jiwa dia.silap hari bulan setahun kat icu.nauzubillah,minta di jauhkan oleh allah segala keburukan ke atasnya,,,dia masih tak puas hati,,,bertubi tubi sms masuk,mcm2 dia dah melalut,minta aku doakan dia pendek umur dan macam macam perasangka buruk ...astafirullah halazim..istifar sebentar,ada juga manusia macam ni,sepatutnya minta org doakan kita panjang umur bukan pendek umur,tak tau lah apa yang ada dlm fikiran dia,,,,kesian,,,mungkin dia tertekan tinggal kat hospital lama sangat,,,baru keluar icu dah tunjuk belang,,,tapi tak pe lah,,,aku tak kan ikut cara dia,,,aku dengan cara ku,,,,tetap akan mendoakan segala kebaikan untuk dia,,,,semoga suatu hari dia akan sedar dan boleh terima hakikat,,,.

TERLUKA.....

11/11/2013


Ya Allah...ya tuhanku,permudahkan lah segala urusan ku,lancarkan lah perjalanan hidupku,tabah kan lah hati dan perasaanku,berikan aku tahap kesabaran yg tinggi dlm hidupku...
    Sesungguhnya perjalanan hidupku sebagai isteri kedua terlalu banyak dugaan dan cabaran yg terpaksa di tempuhi,demi menjaga keharmonian hubungan dgn suami supaya rumah tangga kekal ke akhir hayat...jika hati tidak kuat jgn sesekali untuk menempah tiket sbg isteri kedua.....jangan!jangan!jangan!melainkan dengan keizinan isteri pertama....tetapi berapa kerat sangat wanita dlm dunia ni yg sanggup berkongsi kasih....yg sanggup itu adalah wanita yg benar2 kuat dan suci hatinya,wanita yg hanya memikirkan keredhaan allah.
    Hari ini hati ku terluka lagi...aku di katakan tidak memahami keadaan suami yg tengah menghadapi pelbagai masalah...ya allah bukan aku tdk faham....aku terlalu memahami keadaan dia,terlalu faham.....cuma dia yg tak memahami perasaan aku....tpi pedulikan,perasaan aku tak de maknanya...persaan aku tak de nilainya...aku sendiri pun kalau melayan perasaan sedih,kecewa,sakit hati.ini semua akan merosakkan jiwa aku...tapi aku juga sebenarnya tidak sekuat mane,tdk setabah mane pun....air mata selalu bergenang,selalu berjurai,tpi aku bersyukur aku di lahirkan sebagai seorang islam yg punyai pegangan agama...setiap kali jiwa dan perasaan bergelora...aku mengadap allah,mengaji istifar...ini dapat memberi sedikit ketenangan dalam jiwa ku....alhamdulillah...aku tahu tidak semua orang boleh dan mampu berada di tempat ku,punyai suami tetapi tidak seperti sepatutnya..ya allah...apa yg aku melalut ni...aku seperti tidak bersyukur pulak dengan apa yang di tentukan dan di takdirkan untukku.. astafirullah halazim....ampunkan dosa2 ku ya allah...aku bukan apa sebenarnya sekadar meluahkan perasaan yg terbuku di hati....hanya untuk tatapan dan peringatan aku sendiri...
    Adakah sepatutnya aku sebagai seorang isteri tdk perlu tahu kemana suami pergi ,dengan siapa,buat ape?dan apa sekalipun pasal suami aku tdk perlu ambik tahu...suami dah sediakan segalanya dari segi meterial,jadi yg lain2 jgn ambk peduli....kadang2 aku bertanya bukan untuk mengokong atau control pergerakan suami...aku hanya sekadar mengambil berat,jika itu menjadi kesalahan dan pergaduhan....aku sedaya upaya mungkin untuk mengelak dan sekali2 tdk akan bertanya apa2 lagi...tapi aku manusia bukan robot bukan plastik...aku ada perasaan ...aku ada hati...bolehkah aku campak dan buang hati dan perasaan aku...tolong lah...tapi sekarang aku sedang mencuba untuk tdk mempunyai perasaan, tpi ternyata terlalu sakit.cuba bayangkan aku di katakan sengaja mendoakan maduku mati,senang hidup aku jika dia mati...ya allah demi nama mu...ya allah aku tdk pernah mendoakan keburukan untuk dia ...walaupun dia tdk dapat menerima aku sebagai madunya..hanya engkau yg lebih mengetahui apa yang aku doakan untuk dia...hanya kebaikan semata2 kebaikan dan kesihatan dia...setiap kali lepas baca ayassin pun aku doakan kebaikan dia...ya allah... tergurisnya hati dan perasaan aku....tak pe lah...org tak perlu tahu apa yang ada dlm hatikuku...hati ku tdk seburuk yg di sangka ...aku tdk dpt mengubah perasangka manusia pada ku...hanya engkau yang mengetahui segalanya apa yg tersurat dan yg juga tersirat dalam hidupku...mudah mudahan kau mengaturkan perjalanan yg terbaik dalam hidupku,walau pelbagai onak duri yg terpaksa aku tempuhi...kau redhailah perjalanan hidupku....permudahkanlah perjalanan hidupku...dengan keberkatan nama mu..LAILAHAILLALLAH...AMIN...

Wednesday 21 May 2014

BERMULANYA SEBUAH PERJALANAN


9/11/2013


Dari pukul 10.30am hingga 3pm baru aku dapat jumpa dr Marsita...kalau ikut no giliran yg ke6 tapi masyaallah lamanya doktor jumpa setiap seorang....30 hingga 40 minit seorang...tiba giliran aku kejap je...aku tak tahu lah apa masalah dia org sampi lama macam tu skali...rawatan aku kali ini untuk meneruskan prosedur iui yg tertangguh beberapa cycle....aku harap tak de ape2 halangan lagi yg menghalang usaha ku ini...dan harapanku juga pada suamiku semoga dia bagi kerjasama dlm usahaku ini,walaupun aku tahu dia sekarang ini dlm keadaan tertekan dgn masalah yg dihadapi...tapi ya allah aku berharap sangat semoga usahaku kali ini berjaya....aku menunjukkan film x tray hsg yg aku buat dengan dr fatimah di hospital tawakkal bulan lepas..alhamdulillah..kata dr kedua2 tiub ku tdk tersumbat,cuma maslah '' long servic''iaitu saluran faraj yg panjang jauh dari rahim...tapi x pe..x de masalah...kata doktor...masalah telur2 lamaku yg tak keluar bulan lepas pun dah selesai...itu pun selesai setelah telan 1 paket pil hormon dine.sekarang dah clear tak de lagi telur lama...dr scan ada beberapa telur kecil yg baru 9mm.Keadaan rahim ok..dh nipis..sekarang dr bagi pil clomid utk 5 hari,asid folik dan metformin kos rm170.Hari ke12 nanti datang jumpa dr lagi untuk pantau keadaan telur sama ada matang atau tidak...kalau ok dah matang dr akan suntik hcg utk pecahkan telur,dan 36 jam kemudian akan buat iui...harapanku terlalu tinggi untuk iui ini...ya allah ya tuhanku kau permudahkan lah urusanku,semoga iui ku berjaya,semoga suamiku dpt bgi kerjasama dlm usahaku ini..Ya allah kurniakan aku zuriat dari suamiku...demi masa depanku dunia dan akhirat...AMIN YA RABBAL ALAMIN...



DIARY KEHIDUPAN

8/11/2013

Tulisan aku hanya untuk aku....jiwa aku,perasaan aku...hanya sekadar luahan hati,untuk tatapan memori suka duka dalam hidup ini....perjalanan seorang ttc yang menanti kehadiran seorang zuriat.