Sunday 10 August 2014

SELEPAS LAPAROSCOPY (Dr Adilalah 5)

30/04/2014


Sampai klinik pukul 11am...letak kad dapat no 22 terus pegi jumpa Ida cakap nak jumpa Dr baru lepas opration,Ida suruh tunggu jap...dia bagi tau Dr...terus Dr panggil masuk....nasib baik tak payah q kalau tidak masak gak...masa aku sampai baru no 6 yang jumpa Dr, tambah pulak 4 orang yang buat iui hari ni...3 org baru lepas operation....klu ikut no giliran sampai petang lah jawabnya...
      Dr suruh baring angkat baju nak tengok luka operation...emm....cantik,pandai you jaga...aku senyum je,,,,dalam hati aih,,,Dr ni,luka pun cantik ke....maksud Dr luka tu kering tak bernanah @ hitam....dr potong benang jahitan luka dan scan kat perut nak tengok ada pendarahan ke tak....hari ni tak buat vagina scan sebab Dr bukan nak tengok telur pun....cuma nak tengok kesan operation je...Dr cakap dr jahit bahagian dalam,sebab tu kat pusat tu  tak de benang kat luar,benang cuma satu jahitan bawah perut bahagian kiri...luka aku pun dah tak sakit cuma tak berani nak lasak2 sangat takut bahagian dalam belum sembuh lagi...
      Dr terangkan balika apa yang Dr buat masa operation hari tu...aku ada endometriosis yang menyebabkan usus dengana tiub sebelah kiri melekat,Dr jumpa 3 biji cyst kecil je...tapi Dr buang sekali,Dr cakap buang cyst tu Dr tak charge pun....terima kasih Dr semoga hidup Dr di berkati dan dimurahkan rezeki menolong orang2 seperti aku...yang sangat memerlukan khidmat mu....
      Tiub sebelah kanan pula dr cakap 4x flush baru clear....tiub kiri sekali je dah ok....ya allah....rupanya banyak masalah yang aku hadapi dengan sistem pembiakanku...patut lah bertahun aku usaha tak menjadi....nasib aku baik allah pertemukan aku dengan Dr adilah....sekurang2 nya aku tahu masalah yang aku hadapi tidak lah aku buang masa lagi bertahun mencuba dengan Dr sebelum ini yang menyatakan aku tak de apa2 masalah.
      Dr bagi 3 jenis ubat antibiotik makan ikut penerangan di beri....siap bagi note cara makan....aku kena ambik suntikan lucrin untuk 3 bulan,dr cadangkan supaya aku ambik sebulan sekali sebab klu ambik 3 bulan terus takut tak tahan dengan kesan yang akan di hadapi....Dr terangkan kesan2 pengambilan lucrin seperti orang monoupouse kepanasan,pening mood swings....
      Suntikan pertama akan di ambil pada appoinment akan datang 14mei...suntikan pertama ini Dr bagi percuma....sepatutnya satu suntikan berharga rm400 lebih,....ya allah baiknya Dr Adilah....terima kasih Dr seboleh bolehnya dia akan kurangkan segala kos.Dr pun terkejut bil hospital aku pun sampi rm 14,249....Dr minta nak tengok bil...aku tak bawa pulak....nanti appoinment akan datang Dr nak tengok,nak cek balik takut ada kesilapan sebab Dr budjet lebih kurang 12k.
     Tambahan pulak aku bayar cash....kalau insurans mungkin Dr tak kisah,bukan senang nak dapat duit sebanyak itu....tak pe lah...redha,apa yang aku usahakan ini demi untuk seorang zuriat.aku lupa pula nak tanya Dr endo aku stage keberapa...dan selepas ni boleh ke aku cuba pregnant natural....@ aku kena buat ivf,walau apa pun aku akan cuba usaha tanpa jemu,tanpa putus asa...ya allah berkati lah usaha hamba mu ini,,,,mudah mudahan aku berjaya menimang cahaya mataku sendiri....suatu hari nanti.
 ...... AMIN....

No comments:

Post a Comment