Monday 9 June 2014

PERSEDIAAAN LAPARASCOPY (Dr adilah 3)

14/04/2014


Day 8 selepas period aku buat keputusan untuk jumpa Dr Adilah buat kesekian kalinya,setelah perbincangan dengan my hubby dia setuju untuk aku meneruskan rawatan seterusnya iaitu operation laparoscopy seperti yang di cadangkan oleh Doktor sebelum ni,,,
    Seperti biasa bertolak dari rumah pukul 7.45am,sampai phkl pukul 9am,dapat no 15,mengikut kata Ida nurse Dr Adilah hari ini patien ramai,pukul 12am baru dapat jumpa Dr,seperti biasa Dr akan buat tvs dan sekali lagi mengesahkan kedudukan ovari aku seperti yang telah di bincangkan sebelum ini,,,jadi keputusan telah di buat aku setuju untuk operate,Dr menetapkan 21hb april masuk wad sebelum pukul 12am dan operation akan di lakukan pada 22hb pukul 2.30pm,,,,dan beberapa perkara yang perlu aku lakukan sebelum masuk wad,Dr bagi note lengkap apa yang perlu di lakukan
1.)Bersihkan bahagian dalam pusat dengan cotton but/minyak baby
2.)Potong /rapikan bulu kemaluan - jagan cukur
3.)pukul 12am hari pertama di wad makan makanan lembut,minum seperti biasa.
4.)6pm makan ubat lawaskan pembuangan,tidak boleh makan,masih boleh minum air                                       kosong,gas,rebina....susu tak boleh.
5.)10pm makan ubat lawaskan pembuangan ,tak boleh makan,boleh minum air kosong je.
6.)6am hari operation tak boleh makan & minum-puasa sepenuhnya.
persediaan sendiri....
    * bawa pakaian secukupnya semasa berada di wad sebab phkl tidak sediakan pakaian untuk pesakit,tetapi selimut dan compliments disediakan.,,,untuk penjaga jika memerlukan bantal dan selimut boleh request tapi ada charge.
    Doktor suruh aku beli ubat ubat yang di perlukan di farmasi,ubat paintkiller,antibiotik dan lawas pembuangan,,,beli di farmasi phkl,sebab dr tak nak guna ubat hospital mahal katanya.Dan waktu operation pun Dr guna waktu pejabat untuk mengurangkan kos yang perlu aku tanggung nanti,,,,sebab aku buat bayaran sendiri,tidak ada GL @ insurans.

SAHABAT KARIB

07/04/2014


Kawan aku ni tidak boleh di bawa berunding,,,,kadang2 ok,,,kadang2 dia buat perangai biol,susah hati aku di buatnya,,,,bulan ni elok pula dia datang,alhamdulillah dapat lah aku meneruskan rawatan aku seterusnya,dulu aku selalu mohon supaya dia tidak datang,,,jika dia tidak datang aku mengharapkan aku mengandung,tapi rupanya dia tak datang lagi kacau hidup aku,,,apa pun tak boleh.
    Bulan ni cycle 27hari,bagusnya kalau tiap2 bulan macam ni,senang aku nak kira waktu subur aku,flow dia pun ok je,,,turun darah beserta ada mild cram di bahagian ari2,kali ini baru aku rasa macam normal,selalunya secalit je lekat kat panties,,,kali ini betul2 fresh blood.
    Lega aku rasa dia dah mula menunjukkan hasil yang baik,,,kemungkinan hasil @ kesan daripada pengambilan supliment gla shaaklee secara konsisten.

SEMUANYA KIV KERANA SATU SEBAB,,,

22/03/2014


Adui,,,,masalah betul sekarang ni,segala perancangan yang di buat tertunda kerana satu sebab,,,,sebab manusia durjan tamak harta dunia,,,,hak orang dikatanya hak dia,,,,,tak pe lah bang,,,,abang perjuangkan hak abang,perancangan lain kita boleh tangguhkan,,,abang mesti kuat,tabah hadapinya,sesungguhnya suamiku di pihak yang benar,apa yang di milikinya sekarang ini adalah hasil titik peluhnya dari muda sampai ke tua,,,,
    Aku sendiri pun hadir dalam hidupnya setelah segala kesenangan ini wujud sebelum kehadiran aku,dan begitu juga dia dan dia,,,,,,,semuanya hadir sebagai penguat semangat di belakang suami bukannya penyumbang dalam segi meterial,walau apa pun tuntutan berpada2 lah,jangan tamak,,,,biasanya orang tamak selalu rugi,,,yang di kejar tak dapat yang di kendong berciciran.
   kalau ikutkan banyak perancangan yang akan di buat,tapi tak pelah,,,,tangguhkan dulu,demi untuk memberi sokongan pada suami yang tengah hadapi kemelut masalah,yang tak dapat di elakkan,,,aku redha,,,allah lebih mengetahui percaturan hidupku.

NALURI

20/03/2014


Ya allah kuat kan jiwa aku,,,,,sabar lah wahai hati,mungkin ada hikmah di atas apa yang telah allah rencanakan dalam hidup ku,,,
    Hari ini hati sayu sangat,,,dari pagi bawa ke malam,,,suamiku beritahu dia bawa anak seseorang pegi hospital demam katanya,,,,entah lah tiba2 sayu je hati aku bila dengar macam tu,ambil beratnya dia pada anak orang itu,,,sedangkan aku sendiri sebagai isterinya tidak ada anak.
    Jika aku ada anak sekali pun adakah seperti itu akan di tatangnya?entah lah,,,,,mungkin ini salah satu sebab allah belum bagi aku zuriat,hidup aku sendiri pun sebagai isteri tidak selayaknya seperti isteri,,,,tidak ada istilah giliran langsung bagi aku,mungkin ini lah nasib isteri kedua,,,,,,,yang terlalu memahami keadaan suami yang selalu mengalah di atas setiap kekurangan.

Sunday 8 June 2014

APPOINMENT 2 (Dr Adilah)

13/03/2014


Keluar dari rumah pukul 8am sampai phkl pukul 9.12am,letak kad di kaunter dapat no 8 ,hari ni tak ramai orang,,,,waktu aku sampi dah no 4 yang jumpa doktor,pukul 10.30 dapat masuk ,,,,cerita balik kat doktor apa yang di buat sebelum ni sebab fail aku tak sempat sampai kat meja doktor,dia orang lambat confirmkan appoinment aku.
     Doktor tunjuk keputusan darah AMH 9.9 paras normal tapi dah tak berapa bagus dah,,,(baki telur dalam simpanan dah tak banyak dah nak monopose,,,,tak tahu lah mungkin pemakanan kot tak di jaga,,,membujur lalu melintang patah,,,semua aku bedal,,,itulah sebab pemakanan nak kena jaga,,,,tengok orang dulu2 50thn pun boleh beranak lagi,,,
    Ujian darah ca125 ok,,,ujian pap smear ada sedikit jangkitan kuman,,,,doktor bagi ubat masuk ikut vagina.Macam biasa tvs doktor confirmkan kedudukan ovari kanan memang tinggi kat bahagian atas belakang rahim...ovari kiri bahagian bawah,tapi kedudukan pun tak normal,,,doktor tanya dah buat keputusan ke apa nak buat,,,,sama ada nak cek je ke @ nak buat rawatan seterusnya,,,,aku cakap aku dah tak nak buang masa lagi,umur pun dah tua,,,aku minta pandangan doktor apa yang perlu aku buat (Dr tanye aku,,,,,aku pula tanye dr balik,,,,ape punya org dah,,,,) jadi doktor cadangkan aku buat operation betulkan kedudukan ovari,,,,baru boleh buat ivf ,kalau nak buat ivf boleh,tanpa betulkan kedudukan ovari,tetapi Dr takut rugi je,,,,kalau telur tak dapat ambil,sebab ovari tinggi,buat ivf bukannya murah,,,kalau umur macam aku ni rm15-17k,,,sebab ubat pun nak kena double dose.tambahan pula kilang ovari aku dah tak banyak telur,,,,,kilang dah nak bankrup he,he,,,
    Dr tengok tarikh yang sesuai 23hb mac doktor suruh masuk wad ,24hb oprate pukul 2pm,,,,amboi,cepatnya doktor....aku pun masih mamai lagi,mane aku boleh buat keputusan dang2 tu gak,,,,kena lah balik bincang dengan En suami dulu,,,,kos operation anggaran 12k,lepas bincang dengan suami kalau setuju kena datang esok 14hb isi borang confirmkan .
     Buat masa ni aku tak boleh buat apa2 keputusan,apa pun kena bincang dulu,,,kalau suami aku kata ok baru ok,,,sebelum aku masuk jumpa Dr tadi aku jumpa kawan baru k.zarina,dia baru lepas buat ivf tapi gagal,,,,semabang2 rupanya dia ada masalah seperti aku juga kedudukan ovari tinggi,itu pun baru dapat tahu masa opu,,,jadi dia tak dapt frozen embrio.
     mungkin allah temukan aku dengan dia ,sebagai jalan untuk aku buat keputusan ,,,,ya allah semoga kau tunjukkan aku jalan penyelesaian yang baik dalam usahaku untuk mendapatkan zuriat ini semoga aku dapat buat keputusan yang tepat.

CYCLE 57

11/03/2014

Akhirnya,,,,,cik p aku yang tak berapa nak betul tu datang hari ini,,,,alhamdulillah,cycle 57 panjang kan?kali ini tanpa paksaan dari En Dine,dia datang sendiri,,,tapi jenuh lah nak menunggu dia mai sendiri tu,,,,kalau ikut perkiraan Dr Adilah hari tu memang tepat,jangkanya dalam masa 2 minggu sebelum 13hb,tapi kalau tak datang juga kena jumpa doktor 14hb,mungkin ada masalah kata doktor,,,
    ini bermakna dengan rasminya aku kena jumpa Dr hari ke2 @ ke3 period,jadi esok aku akan call klinik buat temujanji untuk hari khamis 13hb.

APPOINMENT 1 (Dr Adilah)

27/02/2014


Aku bertolak dari rumah pukul 8 pagi dan sampai phkl pukul 9 pagi,terus naik tingkat 4 register di kaunter dapat no 9,,,,tunggu punya tunggu pukul 11.15 pagi dapat jumpa doktor,,biasalah pakar sakit puan ambil masa lama jumpa setiap patient,,,,sama je dengan pakar sakit puan yang aku jumpa sebelum ni,,,lagi lama,aku dah biasa,,,
     Bila pertama kali jumpa Dr Adilah aku tengok dia macam serious je,,,,tapi bila jumpa lembut dan slow je suara dia bila bercakap,,, gamaknya doktor2 pakar memang macam ni,bayar mahal katakan,,,,tapi aku rasa sifat keibuan dan kemesraan lebih pada Dr Marsita,,,,mungkin aku dah kenal lama,,,,macam Dr Adilah ni baru sekali jumpa,,,,tak kenal maka tak cinta,,,kan?
    Aku ceritakan sedikit sebanyak berkenaan diri dan rawatan aku sebelum ni dan sejarah kesihatan keluarga seperti yang di minta oleh doktor,,,,dan Dr catit apa yang perlu,,,,bila kali terakhir buat pap smear?tanye doktor,,,'',tak pernah buat,'',,jawabku,,,ok kita buat pap smear dulu,,,penting!!!
    Tanggalkan seluar dalam,,,,baring di situ kepala di atas bantal yang tak beralas,,,punggung di atas bantal yang beralas dan luruskan kaki,,,,dengan lancarnya bait kata2 doktor seperti telah menghafal kata2 itu kepada setiap pesakitnya,,,,,tetapi sangat lembut dan perlahan suaranya,,,,macam best pulak aku dengar,,,he,,he,,
     Dr masukkan speculum plastik kecil di bahagian miss v ku,,, tak rasa sakit pun,,,,,Dr terangkan apa yang di buatnya,,,,kejap je dah siap.masa buat iui hari tu ada juga rasa tak selesa,,,,selesai je pap smear Dr scan rahimku,,,,
sambil menerangkan satu persatu apa yang di lihat di scren.
1.)Ovari kanan ku di atas belakang rahim,,kemungkinan mekekat.(Sememangnya ini masalah yang aku dah       jangka yang tidak di beri perhatian oleh Dr sebelum ini,,,kata Dr adilah macam mane sperma nak bertemu     dengan ovum bila ovari melepaskan benih,tube di bawah tidak dapat ambil benih,,,,ovari kat atas tube kat     bawah,,,lebih kurang macamtu lah bahasa yang aku faham)peluang untuk pregnent hanya mengharapkan       ovari sebelah kiri je lah,,,,itu pun kalau ada telur yang matang sebelah tu...
2.)Ada sarung telur yang telaah ovulate dan 2 biji telur kecil yang tidak membesar.(Dr suruh tunggu sampai       13hb mac kalau tak period juga datang jumpa Dr pada 14hb,,, ini bermakna ada masalah,,,)
3.)Ketebalan rahim terlalu nipis ,,,,hanya 5mm
    (Jika berlaku pembenihan pun embrio tidak dapat menempel dengan keadaan rahim macam ni,,,yang elok     sepatutnya 8mm ke atas.)
    Walau apa pun doktor suruh tunggu keputusan ujian darah baru dapat tahu masalah sebenar,,,
ujian darah yabg di buat
1.Ca125
2.AMH Anti muruller hormon (baki telur sebelum monopouse)-sample darah ni akan di hantar ke singapore
3.pap smear (kesan kanser pangkal rahim)
kos untuk rawatan hari ini rm990.

SECOND OPINION (Dr Adilah Ahmad)

24/02/2014


Suamiku mencadangkan aku berjumpa dengan Dr adilh Ahmad pakar sakit puan yang famous tu,,,sememangnya aku juga ada terniat untuk mencari alternatif lain dan pilihanku juga adalah dr Adilah,,,sebab bila aku baca blog dr adilah banyak perkara yang aku tidak jalani dengan dr Marsita,,,,mana tahu kemungkinan apa yang terlepas pandang oleh dr Marsita,,,,dapat di lihat oleh Dr adilh,,,,,dan mane tahu rezeki aku nanti bersamanya,,,,
     aku hanya berusaha ,tetapi allah yang menentukan segalanya,,,tambahan suamiku tidak kisah,,,apa yang terbaik aku rasa dia akan setuju,,,buat lah selagi kita mampu,,,,berkaitan wang ringgit alhamdullillah tidak jadi masalah bagi suamiku,,,cuma kekangan masa dan komitment yang dia tidak dapat bagi sepenuhnya padaku,tetapi aku faham sangat keadaan dia.
    aku tel klinik dr adilah,,,,buat appoinment,nurse ida tanya peroid aku hari ke berapa,dan minta aku datang hari ke2 period,,,,tapi semua sedia maklum period aku kan benggong tahap gaban,,,,,klu tunggu dia datang,tua gayut lah aku tak beranak,,,,jadi dia tetapkan aku datang hari rabu 26hb,tapi aku pula ada urusan di pejabat yang tak dapat di elakkan,,,jadi aku minta 27hb khamis...ok,,,,dia minta datang sebelum pukul 12am.

KEPUTUSAN YANG DI TUNGGU,,,

21/02/2014


Aku minta adikku singgah di klinik Medina ambil no hp kakak kaunter tu,yang tertera di pintu klinik,,,
Antara perbualanku:
Aku: hello assalamualaikum,,,kak Marina klinik Medina ke?
Kakak:ye saya,,,sape ni?
Aku: saya,,,,,,macam mane ujian darah semalam?( sambil menyebut namaku,,,sememangnya kak marina ni             dah kenal aku,,,mau taknya dah hampir 2thn ulang alik ke klinik ni,,)
Kakak:oooo,,,,, puan TAK MENGANDUNG,,,,,keputusannya 2 je,,,biasa kalau mengandung ratus2.
Aku ; oh,,,ye ke,,,,ok tak pe lah,,,,terima kasih ( dengan perasaan yang kecewa hancur luluh hatiku,,,,tapi               setitik air mata pun tidak keluar pada saat dan ketika ini aku dah lali,,,dengan perasaan kecewa.)

keputusannya???

20/02/2014


Berdebar2 aku menunggu keputusan ujian darahku,,,,bermacam2 doa aku baca sepanjang hari,bangun solat hajat,tahjud,taubat,,,,dhuha,,,,semuanya minta dari allah berilah aku berita yang mengembirakan,,,,
     Tapi hampa,,,,satu hari suntuk menunggu panggilan dari klinik,,,bila aku tel tak dapat2,,,,masalah betul dengan tel klinik ni,,,,,selalu anggage,jadi hari ini tak de keputusan lagi,,,,

Friday 6 June 2014

2WW BERAKHIR

19/02/2014


Apoinment dengan doktor Marsita....setelah berakhir tempoh yang di berikan doktor selepas buat iui hari tu,,,hari ini genap 3ww bulan 2ww lagi,dah melepasi tarikh jangkaan doktor tetapi aku masih belum di datangi cik p,,,apakah tandanya?aku tidak mahu berharap,kerana harapan bisa membuatkan aku kecewa,bila harapan menggunung,kekecewaannya terlalu sakit,,,tambahan pula tidak hairanlah cik p aku memang benggong,,,suka2 dia je,,,dia rasa nak datang cycle 28hari @ 32hari @ 46hari dan 77hari pun ada,,,ha,ha,,,tengoklah dia punya benggong,,,kau orang ada mcm cik p aku???
     Dari pagi aku tel klinik pakar Medina ni tak dapat2,,,jadi macam biasa ambik keputusan pegi terus ke sana selepas habis waktu kerja,,,kakak kaunter tu cakap doktor belum masuk,,,sebab hari rabu doktor ada kat hospital colombia setapak,,,,,tak pe lah aku datang balik nanti pukul 10pm,,,tiba2 sampai je kat rumah,kakak tu tel,doktor dah masuk,,,kalau nak cepat kena datang sekarang,sebab lepas magrib nanti ramai yang emergency takut lambat,,,,jadi aku apa lagi terus pecut ke klinik takut nanti macam biasalah kalau lambat sampai pukul 2,3pagi pun pernah,,,nak buat macam mane demi untuk mendapatkan seorang zuriat,,,jika itu pengorbanannya,,,aku sanggup.
      Lepas patient dalam bilik doktor keluar je,,,kakak tu terus panggil aku,,,ah lega,,,kalau tidak berjanggut menunggu,,,macam biasa menyapa doktor dengan salam dan d balas dengan bertanya khabar,,,yang menyejukkan hati....
bait2 mukadimmah.....
DR;macam mane yang,,,,, lepas iui hari tu,,,
AKU;entah lah dr,,,,saya buat urine test-ve tapi period tak datang2,,,duphuston pun dah habis,biasa lepas              habis,,,,  kalau tak pregnant dia datang.
DR;ok tak pe,,,jangan risau,,,mari kita tengok apa dah jadi.
      aku terus menuju ke katil scan dan macam biasa dah tahu apa yang perlu di buat,sambil membaca bismillah dan mohon izin dari aku untuk memasukkan scanner di bahagian bawah,dan aku terus menarik nafas seperti yang di minta oleh doktor supaya tidak sakit,,,dan sememangnyaku tidak pernah rasa sakit setap kali dr scan,sambil godek2 bahagian miss v ku...
DR;eh,,,,cuba tengok tu,,,,mcm ada,,,tapi kecik sangat,,,(aku pun lihat seperti apa yang di akatakan                     dr,,memang ada DOT kat dalam rahimku,,,tetapi doktor sendiri pun tak pasti sama ada itu janin yang             menandakan iui ku berjaya @ salur darah,,,untuk kepastian dr akan buat ujian bhcg yang lebih tepat             keputusannya)
 Perasaan aku ketika itu?? usah di tanya ,,,menggunung harapanku,,,semoga apa yang d lihat doktor itu adalah janinku,,,ya allah,tingginya harapan aku pada saat itu,,,aku berdoa,munajat,semoga segala usaha ku selama ini berhasil,amin.
      Dalam pada doktor godek2 scanner tu,,,aku perasan macam ada telur yang besar dan yang masih kecil dalam ovari sebelah kananku,,,tapi kata doktor ,,,itu sarung telur yang dah pecah,,,dan aku perasan ovari sebelah kanan jauh kedudukan ke atas,,,sebab semasa doktor scan ovari kiri kejap je terus nampak,,,,bila nak scan sebelah kanan aku rasa doktor tercari2 ,,,,dan akhirnya nah,,,, sebelah atas kata doktor.bila doktor tak sebut apa2 berkaitan keadaan tu,,,aku anggap perkara tu normal,,,,tetapi aku masih musykil,,,,tapi tidak pula aku tanya pada doktor ,,,kerana perkara yang lebih penting bagi aku sekarang ini keputusan ujian drah esok,,,
   kata doktor jika ujian positif bacaan hcg tinggi,,,cepat2 datang klinik,doktor akan bagi ubat kuatkan rahim,,,,jika tidak tunggu je sampai period datang sendiri,,,doktor tak nak bagi ubat turun darah kali ini,,,dan mengikut perbincangan aku dengan doktor ,,,,jika iui ku ini gagal aku akan terus buat ivf,,,,dan doktor menyuruh aku rehat selama 2 bulan cuba natural tanpa apa2 ubat,,,kerana doktor nak neutralkan balik hormon dalam badan sebelum buar ivf.

CERITA HARI INI

9/02/2014


Pukul 4.30am terjaga nak terkencing,dan memang niat nak bangun pun pukul 3am untuk solat taubat,tahjud dan hajat seperti biasa,,,,rutin aku sejak akhir2 ini,,,,,dah 3 malam berturut aku buat untuk minggu ini,nak amalkan supaya jadi kebiasaan,,,,,biasa aku set alarm pukul 3am,rupanya tak bunyi tersalah set,,,nasib baik tersedar nak terkencing.
       Jadi alang2 nak terkencing aku pun cuba buat urine test hcg,,,walaupun hari ini baru 12dpiui sebab aku ada rasa siptom nak period@perasan pregnent,untuk menghapuskan perasaan tu,,,,aku buat keputusan,,,,,buat je test tu,jika ada boleh aku jaga2 dari awal,jika tak ada aku  boleh bersedia terima hakikat,tak lah aku di timpa  perasaan seperti orang mengandung,,,
     walaupun terlalu awal,biasanya kalau dah mengandung akan naik double line walaupun samar2,itu pun dah cukup bagi aku untuk berjaga2,,,,sebab aku ni jenis yang tak reti duduk diam lasak,,,,,lagi pun suami aku selalu tanya ,,,,rasa2 mengandung tak?dalam masa 12 hari ni dah 3, 4x soalan sama,,,aku pun takut nak jawab,,,kerana aku sendiri pun tak ada jawapan dan yang ada hanya harapan yang terlalu tinggi menggunung,,jika suami aku kecewa aku seribu kali kecewa,,,,walaupun dia cakap tak kisah tak ada anak sebab dia dah ada anak dengan isteri2 terdahulu,,,tetapi aku tahu dia pun mengharapkan aku mengandung,,,tambahan pula isteri pertama dia sekarang dah tak boleh mengandung,,,
     keputusan ujian hcg ku hari ini,,,,,TARA,,,,,satu line je,terkedu sekejap,,,,aku cuba bawa bertenang,,,tapi kali ini setitik air mata pun tak keluar,,,aku redha kali ini pun bukan rezeki aku,dah jadi kebiasaan test kit naik satu line,,,,,dah berpuluh2 test kit dah macam ni,,,,sebelum ini,dah biasa dah,,,,
     Apabila dah tahu diri ini tidak mengandung,,,,aku mulakan tugasan ku di hari minggu,,,seperti biasa,cuci bilik air,basuh jemur baju,masak dan mop lantai,,,,tiba2 tengah mop lantai aku rasa bahagian bawah perut aku terlalu sakit,,,,tegang macam nak putus dengan sakit pinggang sekali,sampai berhenti seketika mop lantai dan mandi terus rehat,,,tiba2 aku rasa basah di bahagian miss v,,,bila tengok tak ada ape2,,,,aku sangka dah period,,tapi basah dengan lelehan putih je,,,jadi aku terus rehat takut pulak jadi apa2,,,,sebab masih dalam 2ww.Naluri aku dah confirm aku tidak pregnant,,,
      Tetapi jauh di sudut hati masih mengharap,masih berdoa mohon seribu keajaiban dari allah,,,,makanya aku tunggu period akan datang untuk meneruskan usaha lagi,,,,dan lagi,,,

7 DPIUI

4/02/2014


Hari ini hari ke7 aku buat iui masih dalam 2ww,entah lah,,,,, aku pun tak pasti apa yang telah terjadi di dalam rahim ku,,,samaada benih suamiku berjaya atau tidak bertemu dengan benihku,,,dalam tempoh ini aku hanya berdoa,,,,,itu je yang mampu aku buat setelah berusaha,,,,
     Semasa hari ke2 ke3 ada rasa ngilu bahagian bawah sebelah kiri perutku,,,kemungkinana kesan telur pecah yang masih terasa,tapi sebelah kanan tidak pula,,,,tapi beberapa hari selepas itu aku tidak rasa apa2 lagi,,,,manakala hari ini pinggang aku sakit sangat,,,,ya allah janganlah apa yang aku rasa ini tanda nak datang period,,,,sebab bila nak period pun akan rasa seperti ini,,,

IUI

29/01/2014


Alhamdulillah.....akhirnya terlaksana juga usaha ku kali ini walaupun belum tentu berjaya,,,,tetapi sekurang2nya aku telah berusaha sampai ke tahap iui ni,,,
     Aku cukup  takut seandainya usaha aku untuk buat iui kali ini gagal lagi,,,,tetapi berkat doa dan kesabaran aku akhirnya selesai juga prosedur yang aku jalani selebihnya aku hanya mampu berdoa dan berserah pada allah,,,,,
     Hampir 15jam aku habiskan masa untuk prosedur ini,,,pukul 3pm aku dah hantar sperma suamiku ke klinik kerana suamiku tidak dapat mengikuti waktu yang telah di tetapkan doktor,,,maklum lah suamiku tidak seperti suami orang lain yang boleh bersenang lenang dengan isteri bila2 masa yang di perlukan,,,,dan aku pun sedia maklum keadaan suamiku,,,,doktor pun dah tahu masalah yang aku hadapi,,,,,
    jadi untuk mengelakkan perkara yang lepas berulang ,yang boleh menyebabkan kegagalan proses iui kali ini,doktor minta aku hantar sperma suamiku ke klinik mengikut kesesuian masa suamiku,,,kerana klinik ada peralatan untuk menyimpan sperma,,,tetapi mesti sampai klinik dalam masa 1/2 jam...so selepas suami produce askarnya aku terus hantar ke klinik tepat jam 3pm...lepas hantar sperma ke klinik aku balik ke ofice
     mengikut kata doktor pukul 6pm dr dah ada di klinik,,,,tetapi bila aku tel klinik nak confirm tak dapat,,,,tel angage je,,,jadi aku buat keputusan terus je pegi ke klinik,,,kakak pembantu klinik tu suruh tunggu,katanya doktor otw,,,,tunggu punya tunggu rupa2nya pukul 8.40pm baru doktor masuk,,,,kena tunggu lagi kerana sperma di cuci ambik masa lebih kurang 2 jam...so pukul 10.30 baru selesai prosedur,,,,dr suruh baring 1/2 jam,hampir pukul 12pm baru selesai kluar dari klinik,,,,
      Masyaallah lamanya masa aku habiskan dalam usahaku untuk mendapatkan zuriat ini,,,,,jika hati betul2 tidak kuat dan kesabaran tidak tebal,,,maka tidak sanggup lah hadapi semua ini,,,,tetapi demi untuk mendapatka seorang zuriat yang akan menjadi peneman aku di waktu sunyi dan yang akan menjadi bekalan akhirat ku,,,aku sanggup,,,aku rela,,,apa lah sangat masa yang aku habiskan seandainya usaha aku ini memberi seribu makna dengan kejayaan aku untuk mendapat cahaya mataku,,,,dan peluang aku menjadi seorang ibu,,,,
      Proses iui ku berjalan lancar,,,,,doktor minta aku banyakkan berdoa,,,,,,jika di ikutkan term2 kedoktoran keadaan sistem pembiakanku dalam keadaan sempurna kerana keadaaan ketebalan rahim pun sempurna telur kiri kanan 2 biji 20mm cantik kata doktor,,,tambahan sperrma suamkiu berkualiti, 80million doktor hanya perlukan 20million je untuk buat iui tetapi hebatkan suamiku,,,nah dia bagi 80million ,,,mengikut keadaan ini kejayaan yang dr jangkakan 15-20%.Tetapi kita hanya merancang hanya allah yang dapat menentukan segalanya,,,,hanya doa,sebagai senjata kita sebagai ummat islam,,,,dan selebihnya berserah kepada ketentuannya,,,,ya allah ya tuhanku berilah kejayaan  dalam ushaku ini,,,terlalu tinggi harapanku dalam usahaku ini,,,,kurniakan aku,,,,anugerahkan aku,,,,rezeki ini,,,,AMIN,,,

KOS RAWATAN RM850 after diskaun,,,sepatutnya kos iui rm900,,,mungkin doktor kesian kot,,,dah lama aku jalani rawatan dengan dr Marsita ni dah hampir 2 tahun.

APPOINMENT SETERUSNYA

27/01/2014


Seperti biasa rutin rawatan dengan doktor kesayangan,,,,saampi klinik lebih kurang pukul 9.40pm,dapat masuk jumpa dr pukul 11.50pm.Hari ini cd15 progres telurku sangat baik,,,,alhamdulillah,ada dua telur matang kiri dan kanan saiz 20mm dan ketebalan dinding rahim pun cantik 9mm,sangat sesuai,,,berkali2 dr ucap kesyukuran dengan kesempurnaan sistem pembiakan ku,,,
     Dengan seribu harapan semoga segalanya berjalan lanca,mudah mudahan kali ini tidak ada halangan yang lagi yang menghalang usahaku,,,doktor bagi suntikan hcg untuk pecahkan telur,,,tapi kena cucuk sendiri di rumah pukul 6am,dan pada 29/01/14 doktor akan buat iui pada pukul 6pm,,,ya allah ya tuhanku berkati lah usaha hambamu ini ,semoga aku berjaya merasa nikmat menjadi seorang ibu,,,,semoga aku dapat anak2 yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan aku di hari kemudian dan boleh di jadikan bekalan akhiratku...AMIN.


DI UJI LAGI....

23/01/2014


Allah ingin menguji aku lagi,,,,setakat mane kekuatan dan setinggi mane kesabaranku dalam usaha mendapatkan zuriat,,,allahhuakbar,,,besarnya kuasamu,,,
Aku sangka perancangan ku lancar seperti yang di rancang,rupa2nya aku terlupa semuanya di atas rancanganmu,,,,keizinanmu,,sepatutnya aku jumpa doktor marsita pada cd 12.
     Pada 24/01/14 (jumaat)mengikut perkiraan ku,jika aku jumpa doktor hari itu 24/01/14 bermakna 2 hari selepas itu aku kena buat iui dan jatuh pada hari ahad klinik tak buka,,,so biasanya dr akan tunda pada hari isnin,,,manakala hari isnin pula untuk mendapatkan sperma suamiku sedikit bermasalah,,,tambahan biasa hari isnin doktor akan masuk lewat malam,,,,
     jadi untuk mengelakkan aku bermasalah lagi untuk dapatkan sperma suami,,,,lalu aku buat perancangan sendiri,aku awalkan 1 hari supaya boleh buat iui pada hari sabtu biasanya dr masuk awal dan suamiku free,,,tetapi apakan daya kita hanya dapat merancang,hanya allah yang menentukan segalanya,,,,
     tanpa ku duga pemeriksaan dr hari ini tvs telur,,,hanya 14mm sahaja belum matang,,,doktor bagi injection m2 untuk besarkan telur dan tebalkan dinding rahim.hari isnin 27hb datang balik ke klinik untuk tvs,jika matang 29hb rabu baru buat iui,tetapi hari RABU hari yang membuatkan aku fobia,,,,ketakutan dan tidak yakin akan berjaya,,,,,,seperti yang lepas yang menjadi penyebab kegagalan.ya allahampunkan aku jika terpesong dengan kepercayaan ini,,,,kos hari ini rm340.

USAHA BERGANDA

22/01/2014


Sudah bermacam usaha yang aku telah lakukan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat ini,,,,,kali ini aku beli susu kambing alkisbun,hulba alkisbun dan habatussauda,,,
     Tetapi ya allah seksanya aku nak telan susu kambing yang bercampur rempah arab,,,tambahan pula serbuk halba yang baunya macam rempah ratus,,,,,sangat meloyakan tekak ku,,,,,tetapi demi mu zuriat ku mummy akan berusaha,,,,,mummy akan kuatkan semangat untuk hadapi semuanya,,,,
    apalah sangat pengorbanan ini jika di bandingkan dengan hasilnya jika allah kurniakan aku zuriat dari rahimku sendiri,,,terlalu tinggi harapanku ya allah untuk memiliki zuriat ku,,,,
     Harapan ku usaha yang berganda ini akan memberi hasil yang lumayan,,,AMIN.

Thursday 5 June 2014

JUMPA DOKTOR

17/01/2014


Ya allah ya tuhanku,,,berilah aku tAhap kesabaran yang paling tinggi dalam usahaku untuk mendapatkan zuriat ini,,,dari pukul 10pm hingga sekarang 12.09am masih menunggu untuk jumpa dr Marsita untuk rawatan seterusnya,hari ini hari ke 4 period,kejap lagi jumpa doktor tak tahu lah apa akan jadi dengan organ dan sistem pembiakan ku,,,,aku harap tidak ada apa2 masalah lagi yang boleh mengganggu usahaku ini,,
     Apa yang aku takuti sekarang ini telurku tidak pecah dan masih tinggal sarung yang tidak keluar bersama period,kerana aku dapati period aku kali ini terlalu sedikit,,,,tidak ada darah merah seperti sebelum nya,,,ya allah ya tuhanku tolonglah hamba mu ini yang sangat2 perlukan zuriat,,,,beri lah aku semangat supaya aku tidak putus asa,walau apa pun ujian yang kau berikan padaku,,,,ya allah permudahkan lah urusanku ini,,,,rabbiyasir walatuassir rabbi tammin bil khoir,,,,

jam 1am

Baru dapat jumpa doktor,,,tapi alhamdulillah lega,,,masalah sarung telurku sudah clear,,,,tak ada lagi peninggalan saki baki telur lama,,,telur baru ada 1 biji 9mm bahagian kanan ovari dan beberapa biji sebelah kiri,,,dr bekalkan clomid 50mg untuk 5 hari dan hari ke12 nanti datang balik untuk pantau telur sama ada sudah matang atau belum,,,
     jika matang dr akan suntik hcg dan dua hari kemudian boleh buat iui,aku tanya dr masalah period ku yang terlalu sedikit,,,,dr cakap tak pe,,,jangan risau janji telur dah clear,yang lain tak jadi masalah setakat ini,,aku harap semua berjalan lancar selepas ini.
    sebenarnya kegagalan untuk buat iui yang lepas tidak sepatutnya berlaku kerana hanya sedikit masalah yang di hadapi,,,,suami aku tidak dapat bagi sperma pada waktu yang di tentukan doktor,,,rupa2nya sperma boleh di hantar ke klinik awal,,,tidak semestinya ikut waktu doktor,kerana klinik ada tempat simpanan,,,sperma tidak boleh lama d luar,mesti sampai klinik tidak melebihi 1/2 jam dari masa produce,,,doktor ingatkan aku lepas ni tak pe,,,hantar je sperma tu bila hari iui telah di tetapkan,,,dan seperti biasa pesan doktor,,,banyakkan solat hajat,bangun tahjud,,,doa banyak2,,,kita hanya berusaha tapi hanya allah yang dapat menentukan segalanya,,,sejuk hati dengar pesanan doktor seperti pesanan seorang ibu,,,,AMIN.

CIK P DAH DATANG

13/02/2014


Alhamdulillah,,,rakan seperjuangan cik p dah kunjung tiba,dah 2 bulan aku menunggu,,,baru hari ini dia muncul,,,itu pun kehadiran dia d paksa oleh en dine ( pil hormon),,,tapi hatiku tetap risau kerana kehadiran dia kali ini terlalu sedikit sangat2.
      Aku takut dia tak nk keluar habis seperti 2 bulan sebelum ini,jika masalah ini berlaku bermakna usaha aku untuk buat iui kali ini masih tidak dapat di teruskan lagi,,,ya allah ya tuhanku permudahkan lah urusanku,,,,ya allah aku sangat2 memerlukan zuriat,hidupku terlalu sunyi tanpa zuriat,,,
     sesungguhnya engkau yang lebih mengetahui keadaan ku,,,tanpa anak dan tanpa suami di sisi,walaupun hakikatnya aku seorang isteri tetapi aku tidak dapat merasa kehadiran seorang suami,dan usahaku ini pun aku berusaha sendirian,,,sesungguhnya punca kemandulan ini adalah berpunca dari ku,walaupun doktor menyatakan aku tidak ada apa2 masalah,,,sedangkan suamiku telah memiliki beberapa orang zuriat.

BERSEDIA

6/01/2014


Walaupun kehidupan aku sekarang di limpahi ketenangan dan kebagiaan,,,aku perlu bersedia bila2 masa je,,,,langit tidak selalunya cerah,aku perlu sediakan payung sebelum hujan supaya tidak kebasahan yang boleh menyebabkan demam yang berpanjangan,,,,seksa.
       Sekarang dia dah kembali bekerja,bermakna masa dan kehidupan aku yang sepatutnya bersama suami semakin terhad,,,walau bagaimanapun aku tahu suamiku sedaya upaya cuba meluangkan masa bersamaku,,,,semoga aku tabah dan redha di atas kehidupan aku yang telah di tentukan oleh allah,,,aku terima seadanya,,

JANJI ALLAH ITU PASTI

30/12/2013


Memang  tidak dapat di nafikan,,,,janji allah itu pasti,sabar itu indah,,,,memang betul tidak mudah menahan sabar,,,tapi allah menjanjikan ganjaran kesabaran itu amat besar,,,,
     Seperti hiduku sekarang,,,berkat kesabaran dan keredhaan di atas apa jua ujian yang allah turunkan,,,,akhirnya apa yang sepatutnya hak @ bahagian aku telah aku miliki,,,walaupun bahagian itu tidak sepenuhnya sekurang2nya aku dapat merasa hak aku.aku bersyukur pada mu ya allah,,,memoga perjalanan ku ini mendapat keredhaan mu..

Tuesday 3 June 2014

USAHA,USAHA,USAHA,,,

12/12/2013

Aku tidak akan putus asa selagi terdaya aku akan berusaha,,,mudah-mudahan dengan usahaku ini akan membuahkan hasil,kerana aku tahu allah mahu melihat hambanya berusaha dan terus berusaha,,,dia ingin menguji tahap kesabaran dan keyakinanku padanya,,,ya allah aku yakin dan terlalu yakin dengan kekuasaan mu ya allah,,,,walaupun aku rasa ujian mu ini terlalu berat bagi ku,,,,,tetapi aku tahu engkau tidak akan menguji hambamu melebihi kemampuannya,,,,engkau mahu melihat aku berusaha lagi dan lagi,,,sudah macam2 ubat,supliment,dr pakar,urut,petua yang aku buat,,,untuk mendapatkan seorang zuriat yang boleh di jadikan bekalan untuk ku di akhirat nanati,,,
        kali ini aku berusaha lagi,,,,dengan izin suamiku,,,,aku pergi berubat di pusat rawatan islam al-syafin (p.engku yg famous selalu msuk tv tu...)untuk buat rawatan islam,,,katanya ada jin yang singgah dalam tubuhku,,,dia berusaha untuk membuangnya,,,ya allah sakitnya masa buang benda tu,,,tetapi katanya tidak seteruk mane,,,seperti orang lain yang di sihir,,,ini hanya jin yang menumpang,,,
       di bekalkan air kunyit bersama limau untuk aku teruskan rawatan di rumah,,,dia minta datang lagi minggu depan bersama suami,,,tak tahu lah sama ada suamiku dapat datang @ tidak nanti,,,tapi tak pe lah,,,sekurang2nya bahagian aku telah aku usahakan,,,,harap-harap sedikit sebanyak usahaku ini di nilai oleh allah dan di beri ganjarannya nanti,insya allah,,,,,

MENUNGGU CIK P DATANG

7/12/2013


Hari ini cycle ke31 masih lagi menunggu cik p belum kunjung tiba,,,,tanda dia nak datang dah rasa dari minggu lepas lagi,,,biasanya kalau aku follow rawatan doktor dia akan jadi cycle 28 hari,,,tapi kali ni jadi panjang pulak,,,,aku pun dah buat urin test -ve ,jadi aku pun dah tak berharap sangat aku berjaya mengandung bulan ini ,,,,cuma masih menanti cik p ni datang,,,,hish,,,,bila kita tunggu dia tak datang2,,,,bila kita mengharap dia tak datang,cepat pula dia muncul,,,,apa lah benggong sangat dia nih,,,suka sangat mainkan perasaan orang,,,,aku pun dah mula di timpa perasaan dah,,,sebelum buat urin test,aku ingatkan dah berisi cik rahimku,,,,rupanya masih kosong,cepat lah datang wahai cik period,,,aku nak mulakan rawatan dan usahaku,,,,dah macam2 aku buat dalam usahaku ini,,,tapi allah belum bersedia untuk beri aku anugerah ini,,,,ya allah ya tuhanku permudahkan lah usahaku ini,,,jauhkan lah segala halangan yang menghalang usaha ku ini,,,,,semoga usaha ku kali ini berjaya,,,,AMIN,,,,

REDHA....

2/12/2013


YA ALLAH....
JERNIHKANLAH HATIKU,,,,,,
AGAR AKU SELALU BERSYUKUR DI ATAS
KEKURANGAN YANG AKU MILIKI,,,,
AGAR AKU MERASA CUKUP DALAM KEKURANGAN
AJARKAN AKU ERTI REDHA DAN IKHLAS
AGAR AKU TIDAK MENGELUH
KETIKA KEBAHAGIAAN KU
TIDAK LAGI SEMPURNA,,,,

PENANTIAN HAMPIR TERJAWAB

1/12/2013


Aku dah rasa tanda2 seperti cik p akan berkunjung,,,,maknanya harapan aku utk menanti kehadiran zuriat sendiri akan terjawab,,,,dan aku pun dah tahu jawapanya,usaha aku kali ini akan gagal lagi,,,,walaupun iui ku tak sempat buat tapi aku masih menaruh harapan.Aku boleh pregnant natural,tapi apa kan daya allah masih belum bagi lagi aku merasa pengalaman mengandung....bersangka baik dengan allah,,,,mungkin masa untuk ku belum tiba,,,,dan belum sesuai,aku redha dan pasrah dengan ketentuan mu ya allah...