Monday, 9 June 2014

PERSEDIAAAN LAPARASCOPY (Dr adilah 3)

14/04/2014


Day 8 selepas period aku buat keputusan untuk jumpa Dr Adilah buat kesekian kalinya,setelah perbincangan dengan my hubby dia setuju untuk aku meneruskan rawatan seterusnya iaitu operation laparoscopy seperti yang di cadangkan oleh Doktor sebelum ni,,,
    Seperti biasa bertolak dari rumah pukul 7.45am,sampai phkl pukul 9am,dapat no 15,mengikut kata Ida nurse Dr Adilah hari ini patien ramai,pukul 12am baru dapat jumpa Dr,seperti biasa Dr akan buat tvs dan sekali lagi mengesahkan kedudukan ovari aku seperti yang telah di bincangkan sebelum ini,,,jadi keputusan telah di buat aku setuju untuk operate,Dr menetapkan 21hb april masuk wad sebelum pukul 12am dan operation akan di lakukan pada 22hb pukul 2.30pm,,,,dan beberapa perkara yang perlu aku lakukan sebelum masuk wad,Dr bagi note lengkap apa yang perlu di lakukan
1.)Bersihkan bahagian dalam pusat dengan cotton but/minyak baby
2.)Potong /rapikan bulu kemaluan - jagan cukur
3.)pukul 12am hari pertama di wad makan makanan lembut,minum seperti biasa.
4.)6pm makan ubat lawaskan pembuangan,tidak boleh makan,masih boleh minum air                                       kosong,gas,rebina....susu tak boleh.
5.)10pm makan ubat lawaskan pembuangan ,tak boleh makan,boleh minum air kosong je.
6.)6am hari operation tak boleh makan & minum-puasa sepenuhnya.
persediaan sendiri....
    * bawa pakaian secukupnya semasa berada di wad sebab phkl tidak sediakan pakaian untuk pesakit,tetapi selimut dan compliments disediakan.,,,untuk penjaga jika memerlukan bantal dan selimut boleh request tapi ada charge.
    Doktor suruh aku beli ubat ubat yang di perlukan di farmasi,ubat paintkiller,antibiotik dan lawas pembuangan,,,beli di farmasi phkl,sebab dr tak nak guna ubat hospital mahal katanya.Dan waktu operation pun Dr guna waktu pejabat untuk mengurangkan kos yang perlu aku tanggung nanti,,,,sebab aku buat bayaran sendiri,tidak ada GL @ insurans.

No comments:

Post a Comment