Thursday 5 June 2014

JUMPA DOKTOR

17/01/2014


Ya allah ya tuhanku,,,berilah aku tAhap kesabaran yang paling tinggi dalam usahaku untuk mendapatkan zuriat ini,,,dari pukul 10pm hingga sekarang 12.09am masih menunggu untuk jumpa dr Marsita untuk rawatan seterusnya,hari ini hari ke 4 period,kejap lagi jumpa doktor tak tahu lah apa akan jadi dengan organ dan sistem pembiakan ku,,,,aku harap tidak ada apa2 masalah lagi yang boleh mengganggu usahaku ini,,
     Apa yang aku takuti sekarang ini telurku tidak pecah dan masih tinggal sarung yang tidak keluar bersama period,kerana aku dapati period aku kali ini terlalu sedikit,,,,tidak ada darah merah seperti sebelum nya,,,ya allah ya tuhanku tolonglah hamba mu ini yang sangat2 perlukan zuriat,,,,beri lah aku semangat supaya aku tidak putus asa,walau apa pun ujian yang kau berikan padaku,,,,ya allah permudahkan lah urusanku ini,,,,rabbiyasir walatuassir rabbi tammin bil khoir,,,,

jam 1am

Baru dapat jumpa doktor,,,tapi alhamdulillah lega,,,masalah sarung telurku sudah clear,,,,tak ada lagi peninggalan saki baki telur lama,,,telur baru ada 1 biji 9mm bahagian kanan ovari dan beberapa biji sebelah kiri,,,dr bekalkan clomid 50mg untuk 5 hari dan hari ke12 nanti datang balik untuk pantau telur sama ada sudah matang atau belum,,,
     jika matang dr akan suntik hcg dan dua hari kemudian boleh buat iui,aku tanya dr masalah period ku yang terlalu sedikit,,,,dr cakap tak pe,,,jangan risau janji telur dah clear,yang lain tak jadi masalah setakat ini,,aku harap semua berjalan lancar selepas ini.
    sebenarnya kegagalan untuk buat iui yang lepas tidak sepatutnya berlaku kerana hanya sedikit masalah yang di hadapi,,,,suami aku tidak dapat bagi sperma pada waktu yang di tentukan doktor,,,rupa2nya sperma boleh di hantar ke klinik awal,,,tidak semestinya ikut waktu doktor,kerana klinik ada tempat simpanan,,,sperma tidak boleh lama d luar,mesti sampai klinik tidak melebihi 1/2 jam dari masa produce,,,doktor ingatkan aku lepas ni tak pe,,,hantar je sperma tu bila hari iui telah di tetapkan,,,dan seperti biasa pesan doktor,,,banyakkan solat hajat,bangun tahjud,,,doa banyak2,,,kita hanya berusaha tapi hanya allah yang dapat menentukan segalanya,,,sejuk hati dengar pesanan doktor seperti pesanan seorang ibu,,,,AMIN.

No comments:

Post a Comment