Friday 23 May 2014

KALAH SEBELUM BERJUANG

20/11/2013


Ya allah aku tidak tahu nak gambarkan  macam mane perasaanku sekarang,,,,sedih pilu,kecewa semua bercantum menjadi satu,,,,Allah masih ingin menguji aku,,,,mahu melihat tahap kemampuan kesabaran dan kekuatan jiwa ku,aku hanya mampu merancang dan berusaha setakat terdaya dan termampu tapi allah jua yg menentukan,,,,
      Sepatutnya aku kena buat iui pada pukul 3pm tapi bila call Dr katanya tak dapat buat pukul 3pm kena buat pukul 6pm sb dia masih dekat hospital Ampang Puteri,,,,,ALLAH,,,,aku dah agak dah,,,usahaku kali ini akan gagal lagi buat kesekian kalinya,,,,bagi tahu suami perubahan masa doktor,,,,seperti yg di jangkakan,aku dah tahu jawapan dia,,,,peluang aku untuk gagal semakin hampir,,,pukul 5pm suami dtg jumpa aku dengan muka tention,macam- macam masalh di bawa skali,,,,aku dah agak mood dia dah lari,,,kalau macam ni mcm mane benda tu nak beroperasi,,,,jawabnya gagal lah usahaku kali ini,,,,,belum berjuang aku telah tersungkur,,,,hanya air mata jadi temanku,sampi ke malam aku menangis,menangisi takdir yang allah berikan padaku,,,knapa susah sangat allah nak berikan rezeki yang satu ini pada ku,,,,aku istifar memohon ampun darinya,,,,mungkin allah nak menguji aku@allah nak membalas biar aku rasa di atas dosa dosa ku yang lepas,,,,,sesungguhnya dia masih ingin melihat aku menangis,merayu bersujud dengan penuh keinsafan,,,,jika bukan ujian begini aku mungkin masih alpha dengan kehidupan dunia,,,,mungkin aku tidak seperti sekarang,,,al quran jadi teman aku setiap hari,tahjud,hajat dan taubat menjadi temanku di tengah malam sunyi,,,dalam kesibukan dhuha menemaniku,,,sebelum ini,,,aku tidak kenal erti semua ini,aku sedaya upaya berusaha mendekatkan diri darinya,,,,Ya allah jika ini bahagian yang engkau berikan buatku,,,,aku terima,,,tetapi berilah aku kekuatan  untuk menghadapinya dengan tabah...

No comments:

Post a Comment